PBT

MPS kutip cukai taksiran RM64.79 juta takat Mei

26 Jun 2025, 4:27 PM
MPS kutip cukai taksiran RM64.79 juta takat Mei

SHAH ALAM, 26 JUN: Sejumlah RM64.79 juta cukai taksiran semasa 2025 dikutip Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan yang dipertuanya berkata jumlah kutipan itu merupakan 96.72 peratus daripada sasaran kutipan cukai taksiran semasa tahun ini iaitu RM67 juta.

“MPS juga telah mengutip RM5.06 juta atau 53.35 peratus tunggakan cukai taksiran dalam tempoh sama.

“Jumlah keseluruhan tunggakan cukai taksiran yang perlu dikutip ialah RM9.5 juta,” kata Az’har Samsuri dalam ucapannya sempena Mesyuarat MPS Bilangan 6/2025.

Dalam pada itu, Az’har memberitahu MPS turut memproses waran tamat notis (borang E) kepada pemilik yang mempunyai tunggakan kedua-dua cukai sejumlah RM200 ke atas bermula 11 April lalu.

“Sehingga 31 Mei 2025, 37,496 waran telah diproses manakala 20,273 waran dihantar,” katanya lagi.

Beliau menambah pihak berkuasa tempatan itu mengedar tong sampah kepada pemilik harta yang telah menjelaskan cukai taksiran bagi tahun 2025 sejak 5 Mei lalu.

“3,297 unit tong sampah sudah dituntut pemilik manakala masih terdapat 1,203 unit belum dituntut,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619