Tunggakan cukai cecah RM2.9 juta, ribuan pemegang harta terima notis

3 Mac 2026, 5:41 AM
Tunggakan cukai cecah RM2.9 juta, ribuan pemegang harta terima notis

SHAH ALAM, 3 MAC: Hampir 2,000 notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada pemilik hartanah bulan ini berikutan kegagalan membayar tunggakan cukai taksiran.

Timbalan yang dipertuanya berkata ia melibatkan pemegang akaun kediaman dan komersial di Pandan Perdana serta Taman Bukit Teratai, dengan jumlah tunggakan mencecah RM2.9 juta, lapor The Star.

“Orang ramai diingatkan supaya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan tindakan sitaan harta di premis masing-masing,” kata Hasrolnizam Shaari seperti dilaporkan.

MPAJ dianggarkan mengutip RM103.5 juta hasil cukai taksiran tahun ini, selain RM20.1 juta tunggakan.

Menurutnya, sebanyak RM16.3 juta atau 15.8 peratus bayaran cukai diterima setakat 31 Januari, selain RM1.4 juta atau 7.3 peratus melibatkan bayaran tunggakan.

Tambah Hasrolnizam, pembayar yang melunaskan bayaran sekaligus bagi 2026 layak menyertai cabutan bertuah MPAJ antaranya kereta dan motosikal, yang dijadualkan berlangsung pada Jun.

Dalam pada itu, katanya, seramai 7,700 pemilik premis perniagaan memperbaharui lesen masing-masing setakat 24 Februari, dengan MPAJ menjana RM6.6 juta daripada proses tersebut.

Pada masa sama, jelasnya, seramai 850 pemilik premis dikompaun kerana lewat memperbaharui lesen, membabitkan kutipan RM306,000.

Kira-kira 4,000 usahawan mikro turut memperbaharui lesen mereka, menjana pendapatan RM1.8 juta kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Selain itu, Hasrolnizam berkata pihaknya mula mengeluarkan lesen sementara kepada peniaga lemang di kawasan pentadbiran MPAJ yang dibenarkan beroperasi antara 6 Mac hingga 7 April.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619