Gagal bayar cukai, lima premis dikenakan tindakan MPKj

11 Dis 2025, 4:30 AM
Gagal bayar cukai, lima premis dikenakan tindakan MPKj

SHAH ALAM, 11 DIS: Lima premis di Bandar Baru Bangi dikenakan tindakan dalam operasi kutipan cukai taksiran dilaksanakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terhadap pemilik yang dipercayai gagal melunaskan bayaran berkenaan.

Operasi tersebut dijalankan di Seksyen 4, Seksyen 6, Seksyen 8 dan Plaza Paragon Point dengan penyertaan pegawai Bahagian Hasil serta Jabatan Penguatkuasaan MPKj.

"Tujuan operasi dilaksanakan adalah bagi mengutip tunggakan cukai taksiran terhadap pemilik premis yang gagal menjelaskan cukai taksiran MPKj.

"Jumlah yang terlibat dalam pengutipan cukai adalah sebanyak lima premis," katanya dalam kenyataan di Facebook.

MPKj turut mengingatkan semua pemegang hartanah dalam kawasan pentadbirannya supaya segera melunaskan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Terdahulu, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut menjalankan operasi sama terhadap 10 premis yang gagal menjelaskan tunggakan cukai di Semenyih, Cheras, Kajang dan Bangi.

Dalam kenyataan sama, MPKj merakam penghargaan kepada pemilik premis yang melunaskan cukai taksiran, sambil menegaskan kutipan cukai amat penting bagi memastikan pembangunan serta penyelenggaraan kawasan pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619