BERITA UTAMA

Sidang Kemuncak Penjagaan Selangor buka ruang pelaburan, perkenal teknologi baharu

7 Mei 2025, 12:00 AM
Sidang Kemuncak Penjagaan Selangor buka ruang pelaburan, perkenal teknologi baharu
Sidang Kemuncak Penjagaan Selangor buka ruang pelaburan, perkenal teknologi baharu
Sidang Kemuncak Penjagaan Selangor buka ruang pelaburan, perkenal teknologi baharu

SHAH ALAM, 7 MEI: Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) pada 9 hingga 11 Oktober dijangka membuka ruang pelaburan dan memperkenalkan teknologi baharu dalam sektor penjagaan, maklum EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata program julung kali itu akan dilaksana bersekali dengan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menggabungkan pelbagai komponen seperti forum, persidangan, padanan perniagaan dan sesi libat urus.

[caption id="attachment_699917" align="aligncenter" width="770"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 6 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Semua komponen ini akan digabungkan di bawah satu bumbung, ia bukan sahaja forum atau diskusi tetapi sebagai platform untuk membuka peluang menemukan pelabur dan pengusaha yang berkaitan dengan sektor ini.

"Menariknya, menerusi persidangan ini turut diketengahkan hasil kajian universiti dan pameran peralatan penjagaan khas," katanya kepada Media Selangor.

Sidang Kemuncak ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuhkan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor yang dilancarkan pada November lalu oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_698732" align="aligncenter" width="809"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (berdiri, tengah) bergambar pada majlis pelancaran Program Selangor Care Accelerator (XCARE) 2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 28 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dasar tersebut memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu advokasi dan promosi, tadbir urus dan kawal selia, latihan penjaga terlatih, pelaburan serta inovasi dan teknologi.

Dasar yang dirancang berlangsung sehingga 2030 merangkumi penjagaan untuk warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya, serta sokongan kepada penjaga formal dan tidak formal.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai SICS sebagai pempamer atau peserta boleh melayari laman sesawang selangorcaresummit.com.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619