BERITA UTAMA

Khairat Darul Ehsan: Lebih 25,000 layak terima pampasan RM1,000 setakat ini

4 Jun 2025, 2:00 PM
Khairat Darul Ehsan: Lebih 25,000 layak terima pampasan RM1,000 setakat ini
Khairat Darul Ehsan: Lebih 25,000 layak terima pampasan RM1,000 setakat ini

SHAH ALAM, 4 JUN: Seramai lebih 25,000 individu setakat ini disahkan layak menerima pampasan RM1,000 menerusi Skim Khairat Darul Ehsan (KDE), menurut EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari memberitahu mereka terdiri daripada peserta berdaftar bawah Skim Mesra Usia Emas, Iltizam Selangor Sihat dan Skim Insurans Am Selangor yang secara automatik layak menerima manfaat tersebut.

[caption id="attachment_699917" align="aligncenter" width="916"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 6 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sepanjang Mei lalu, permohonan prapendaftaran bagi kategori ini dibuka dan hampir 25,000 individu telah mengesahkan kelayakan masing-masing.

“Malah, semasa program Karnival Ceria, seramai 563 orang turut membuat pendaftaran dan mereka juga layak menerima pampasan,” katanya kepada Media Selangor.

Anfaal turut menggalakkan golongan berusia 50 tahun ke atas serta orang kurang upaya (OKU) untuk mendaftar skim berkenaan yang dibuka sejak 1 Jun hingga 31 Disember 2025.

Permohonan Khairat Darul Ehsan boleh dibuat menerusi :

Menerusi Belanjawan Selangor 2024, Kerajaan Negeri memperuntuk RM20 juta untuk menjayakan KDE dengan sasaran seramai 20,000 penerima.

Sebelum ini, pembayaran khairat kematian menerusi SMUE pernah dihentikan pada Mei 2019 sebelum disambung semula pada 2021 dengan peruntukan RM7.5 juta dan bantuan RM500.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619