BERITA UTAMA

EXCO: Lebih 1,000 taska di Selangor berdaftar, proses pemutihan berterusan

26 Apr 2025, 9:10 AM
EXCO: Lebih 1,000 taska di Selangor berdaftar, proses pemutihan berterusan
EXCO: Lebih 1,000 taska di Selangor berdaftar, proses pemutihan berterusan
EXCO: Lebih 1,000 taska di Selangor berdaftar, proses pemutihan berterusan

SHAH ALAM, 26 APRIL: Lebih 1,000 pusat jagaan dan taska di seluruh Selangor telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat November 2024, kata EXCO kebajikan masyarakat.

Anfaal Saari berkata ketika ini kira-kira 100 lagi pusat jagaan masih belum berdaftar dengan jangkaan lebih banyak taska yang masih beroperasi tanpa kebenaran.

[caption id="attachment_698484" align="aligncenter" width="814"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bercakap kepada media selepas program Seminar Pemerkasaan Ekonomi Penjagaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Proses pemutihan akan dibuat secara berterusan kerana kita perlu semak. Sebagai contoh, kita dapati ada yang mohon geran pusat jagaan ketika telah hampir tamat lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Penjagaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Disertai 347 pengusaha taska dari seluruh negeri, program berkenaan bertujuan membantu memudah urusan pendaftaran pemilik pusat jagaan selain perkongsian ilmu pengurusan.

[caption id="attachment_698483" align="aligncenter" width="814"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari bersama bersama peserta program Seminar Pemerkasaan Ekonomi Penjagaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 April 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Februari lalu, Anfaal memaklumkan garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taska di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

Menurut Anfaal, garis panduan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran taska akan dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619