BERITA UTAMA

Aplikasi HSISCare diperluas ke hospital lain, atasi sesak daftar pesakit

27 Mac 2025, 5:05 AM
Aplikasi HSISCare diperluas ke hospital lain, atasi sesak daftar pesakit
Aplikasi HSISCare diperluas ke hospital lain, atasi sesak daftar pesakit

SHAH ALAM, 27 MAC: Aplikasi dibangunkan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang bagi memudahkan pesakit mengurus janji temu termasuk pendaftaran kendiri akan dipromosi ke hospital lain.

EXCO kesihatan awam berkata sistem HSISCare membolehkan pesakit mendaftar dalam talian pada radius 500 meter dari hospital, sekali gus mengurangkan kesesakan kaunter dan mempercepatkan rawatan.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, ia juga memudahkan hospital mengakses maklumat peribadi pesakit untuk penyediaan perkhidmatan lebih cekap dalam menguruskan aliran mereka yang berkaitan.

“Selain memperluas program kesihatan awam sedia ada, negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan lebih selesa dan efektif,” katanya.

[caption id="attachment_693470" align="aligncenter" width="813"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin beramah mesra dengan orang ramai ketika mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah hospital di Selangor, baru-baru ini. Foto ihsan Pejabat EXCO Kesihatan Awam[/caption]

Dalam kenyataan hari ini, jelasnya, inisiatif Program Kesihatan Mental Selangor (SEHAT) dan Iltizam Selangor Sihat (ISS) akan terus dilaksana bagi melengkapi perkhidmatan hospital kerajaan.

Jamaliah berkata SEHAT akan menyediakan akses kepada saringan kesihatan mental secara dalam talian, subsidi rawatan psikiatri, sesi kaunseling percuma serta talian bantuan 24 jam.

“Ahli ISS pula layak menikmati subsidi rawatan kesihatan di klinik panel berdaftar. Ini memudahkan warga Selangor mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan, seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan,” katanya.

Terdahulu, wakil rakyat Bandar Utama itu mengadakan lawatan kerja ke HSIS, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Hospital Shah Alam, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Dalam sesi berkenaan, isu kekurangan tenaga kerja hingga menyebabkan tekanan kepada kakitangan turut dibincang selain parkir terhad serta kesesakan di jabatan kecemasan dan klinik pesakit luar.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619