ad
BERITA UTAMA

Selangor hasrat perluas Pusat ANIS di seluruh PBT, penuhi permintaan tinggi

16 Jan 2025, 9:30 AM
Selangor hasrat perluas Pusat ANIS di seluruh PBT, penuhi permintaan tinggi
Selangor hasrat perluas Pusat ANIS di seluruh PBT, penuhi permintaan tinggi
Selangor hasrat perluas Pusat ANIS di seluruh PBT, penuhi permintaan tinggi

Oleh AIDA NYAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Selangor berhasrat memperluas Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat ANIS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata usaha kerjasama yang masih diperingkat perbincangan itu bertujuan mengatasi kesesakan pelajar di pusat sedia ada.

"Pusat ANIS sedia ada mampu menempatkan sekitar 120 pelajar tetapi yang memohon untuk masuk adalah 600 orang.

"Intervensi perlukan tempat, kita tidak boleh sekadar memenuhi hasrat dan padatkan pusat sedia ada kerana ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi," katanya kepada Media Selangor, semalam.

[caption id="attachment_682310" align="aligncenter" width="793"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (tengah) beramah mesra dengan murid di Pusat Prasekolah ANIS, Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas menyantuni pelajar Pusat Prasekolah ANIS di Seksyen 7 di sini, Anfaal memberitahu pihaknya juga berhasrat memperkenal pusat intervensi bergerak bagi memudahkan akses kepada bantuan ANIS.

"Tahun ini kami rancang untuk wujudkan pusat intervensi bergerak supaya program ini dapat diakses oleh mereka yang berada di pinggir bandar dan kami akan melihat peruntukan sedia ada untuk memulakan rancangan ini," katanya.

[caption id="attachment_682309" align="aligncenter" width="815"] Murid mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas ketika tinjauan di Pusat Prasekolah ANIS, Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pusat ANIS merupakan bantuan disediakan Kerajaan Negeri bagi memastikan murid-murid bekeperluan khas mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.

November tahun lalu, Belanjawan 2025 memperuntukkan RM2.3 juta bagi meneruskan Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.