BERITA UTAMA

HMPV: EXCO nasihat jaga kebersihan, elak kontak rapat individu sakit

10 Jan 2025, 4:41 AM

SHAH ALAM, 10 JAN: Orang ramai diminta melindungi diri dengan mengamalkan langkah pencegahan supaya terhindar daripada jangkitan ‘human metapneumovirus’ (HMPV).

Menerusi infografik, EXCO kesihatan berkongsi langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan dengan sabun, elak kontak rapat dengan individu sakit dan memakai pelitup muka.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, virus tersebut merebak melalui hubungan langsung dengan individu yang dijangkiti atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.

Beliau menjelaskan, golongan berisiko mengalami jangkitan teruk ialah kanak-kanak bawah lima tahun, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun lemah.

“Lindungi diri dan keluarga daripada risiko jangkitan hMPV. Jaga kebersihan dan persekitaran, serta amalkan pencegahan. Kesedaran adalah langkah pertama pencegahan,” katanya di Facebook.

Virus hMPV adalah jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae dan penularannya di China pada tahap membimbangkan sehingga menjejaskan beberapa negara Asia lain.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 327 sampel positif virus hMPV sepanjang tahun lalu, meningkat berbanding 225 kes yang dilaporkan pada 2023.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan virus tersebut merupakan demam selsema biasa dan kerap berlaku terutama ketika cuaca sejuk.

Katanya, setakat ini tiada kes direkodkan selain dan tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619