PBT

Rakyat mahu PBT lebih pantas selesai isu, peka aduan penduduk

12 Dis 2024, 9:26 AM
Rakyat mahu PBT lebih pantas selesai isu, peka aduan penduduk
Rakyat mahu PBT lebih pantas selesai isu, peka aduan penduduk
Rakyat mahu PBT lebih pantas selesai isu, peka aduan penduduk

GOMBAK, 11 DIS: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diharapkan lebih responsif dan proaktif dalam menerima serta menyelesaikan aduan penduduk, terutama di kawasan perumahan.

Menerusi tinjauan Media Selangor di sekitar daerah ini, penduduk mahu penambahbaikan dibuat susulan kadar baharu cukai taksiran yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

Pekerja swasta Jamal Budin, 54, berkata setiap permasalahan tidak kira sama ada kecil atau besar perlu diberikan maklum balas segera demi keperluan dan kesejahteraan penduduk.

[caption id="attachment_677615" align="alignleft" width="333"] Peniaga Jamal Budin, 54 , bercakap kepada wartawan ketika tinjaun Media Selangor berkenaan kenaikan cukai taksiran di Batu Caves pada 11 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN[/caption]

“Mengikut pengalaman, saya sendiri ajukan aduan berkenaan longkang tersumbat dan pengurusan sampah, maklum balas diterima tetapi mengambil tempoh agak lama.

“Cukai taksiran akan naik bermula tahun depan, jadi tahap perkhidmatan tidak boleh lagi berada di takuk lama,” katanya ketika ditemui.

Peniaga Faizal Johar, 50, turut berharap PBT lebih bekerja keras dan peka terhadap isu semasa dan permasalahan rakyat, terutama penyelenggaraan sistem perparitan.

“Kadar baharu cukai taksiran tidak menjadi masalah, namun penduduk harap khidmat diperbaharui, ditingkat dan segera selenggara infrastruktur," katanya.

[caption id="attachment_677616" align="alignright" width="320"] Perunding jualan Jothiswary Chinakaruppan, 38, bercakap kepada wartawan ketika tinjaun Media Selangor berkenaan kenaikan cukai taksiran di Batu Caves pada 11 Disember 2024. Foto HARUN TAJUDIN[/caption]

Perunding jualan Jothiswary Chinakaruppan, 38, pula mahu PBT menyediakan perkhidmatan efisien, terutama jadual kutipan sampah bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Sistem pengutipan sampah kadangkala tidak mengikut jadual menyebabkan longgokan dan ada penduduk membuang sampah di sungai. Saya harap isu ini dapat diatasi,” jelasnya.

Isnin lalu, EXCO kerajaan tempatan berkata pemilik harta di Selangor menerima potongan sehingga 75 peratus kadar baharu cukai taksiran berbanding 100 peratus yang sepatutnya dibuat.

Berikutan keputusan itu, Ng Suee Lim memberitahu mereka hanya perlu membayar 25 peratus daripada keseluruhan kadar kenaikan di semua PBT mulai 1 Januari 2025.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619