ad
AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Disember

4 Dis 2024, 1:06 PM
Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Disember

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Disember ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada paras RM2.95 seliter sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut Kementerian Kewangan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.