AGENDA

JPJ panggil 3,722 Perodua Alza, Aruz, Honda CB350R susulan isu lampu utama

3 Nov 2024, 11:17 AM
JPJ panggil 3,722 Perodua Alza, Aruz, Honda CB350R susulan isu lampu utama

PUTRAJAYA, 3 NOV: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan dibuat susulan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi melibatkan 2,518 kereta Perodua Alza model 1500 X transmisi boleh laras berterusan (CVT), 1500 H CVT dan 1500 AV CVT serta 1,139 Perodua Aruz model 1500 X dan 1500 AV.

Bagi Honda CB350RS, katanya, ia ia melibatkan 65 motosikal yang dikesan mempunyai permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS), kawalan cengkaman dan meter had laju tidak tepat.

“Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pengeluar kenderaan berkenaan iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd.

“Setiap pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik turut dibenarkan ‘walk-in’ ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan semua pemilik kenderaan bagi model yang terlibat untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, semua pemilik kenderaan berkenaan digalakkan menghubungi Perodua di talian 1-800-88-6600, melayari laman sesawang https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.

Pemilik motosikal Honda CB350R boleh menghubungi Boon Siew Honda di talian 1-800-88-3993 atau https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619