AGENDA

JPJ tahan pemandu warga asing disyaki seludup minuman keras

3 Apr 2025, 1:55 PM
JPJ tahan pemandu warga asing disyaki seludup minuman keras

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan menahan seorang pemandu warga asing kerana disyaki membawa minuman keras tidak bercukai di Plaza Tol Sentul, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini semalam.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata warga India terbabit ditahan hasil pemeriksaan terhadap lori jenis kargo am yang dipandunya dalam operasi khas sempena Op Hari Raya (HRA) 2025 bermula 3 petang semalam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati pemandu berkenaan disyaki cuba menyeludup 2,612 tin minuman keras membabitkan anggaran cukai berjumlah RM71,351.28.

"Semakan mendapati warga asing terbabit tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan lesen vokasional (GDL) serta melakukan beberapa kesalahan teknikal termasuk perakuan pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sudah tamat tempoh.

"Selain itu, lori berkenaan juga dikesan membawa muatan melebihi had dibenarkan sebanyak 33.6 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamidi berkata semakan lanjut terhadap status lelaki terbabit mendapati pasport warga asing itu sudah tamat tempoh termasuk Pas Lawatan Sosial (PLS) yang tidak sah.

Beliau berkata pihaknya merampas lori berkenaan dan kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619