AGENDA

Ribuan tuntut hentikan segera genosid di Gaza dalam protes menjelang pilihan raya AS

3 Nov 2024, 10:25 AM
Ribuan tuntut hentikan segera genosid di Gaza dalam protes menjelang pilihan raya AS

WASHINGTON, 3 NOV: Ribuan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS), menuntut agar pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan segera menjelang pilihan raya presiden dijadualkan pada Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Gelombang protes ini tercetus sebagai tindak balas terhadap kekejaman yang semakin meningkat oleh tentera penjajah Israel terhadap orang awam yang tidak berdosa di wilayah berkenaan.

Para peserta melaungkan slogan yang mengecam sokongan AS terhadap penjajahan Israel, termasuk “No votes for genocide,” sebagai respons terhadap sokongan ketenteraan dan kewangan yang berterusan oleh pentadbiran AS sedia ada kepada rejim, hingga mengakibatkan lebih banyak kematian membabitkan orang awam.

Protes ini mencerminkan gerakan yang lebih meluas dalam kalangan ribuan aktivis serta komuniti Arab dan Islam yang mengumumkan boikot terhadap calon-calon dari parti Demokrat dan Republikan.

Sebaliknya, mereka menggesa sokongan kepada calon dari Parti Hijau, Jill Stein yang menentang perang di Gaza dan menyokong hak-hak Palestin.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619