AGENDA

Palestin sambut baik seruan Sepanyol gesa henti eksport senjata ke Israel

15 Okt 2024, 12:45 AM
Palestin sambut baik seruan Sepanyol gesa henti eksport senjata ke Israel

ISTANBUL, 15 OKT: Palestin pada Ahad menyambut baik seruan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez supaya menghentikan eksport senjata ke Israel di tengah serangan yang dilakukan ke atas Gaza dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Palestin memaklumkan seruan Sanchez selaras dengan undang-undang dan resolusi antarabangsa serta menyokong penyelesaian dua negara dan prinsip hak asasi manusia.

Perdana Menteri Sepanyol itu pada Jumaat menyeru masyarakat antarabangsa untuk menghentikan eksport senjata ke Israel, sambil menyatakan bahawa Sepanyol menghentikan penjualan senjata ke Israel pada Oktober 2023.

Kementerian itu turut menyalahkan negara-negara yang membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan kepada Israel kerana menggalakkan Tel Aviv meneruskan jenayah dan pencabulan terhadap rakyat Palestin.

Kementerian turut menggesa negara-negara yang menandatangani Perjanjian Perdagangan Senjata untuk "bertindak tegas bagi menghentikan penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan Israel dalam melakukan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, hak asasi manusia dan terhadap orang awam Palestin."

Menurut data terkini dari Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, Amerika Syarikat menyumbang 70.2 peratus daripada keperluan senjata konvensional Israel antara 2011 dan 2020, diikuti Jerman sebanyak 23.9 peratus dan Itali 5.9 peratus.

Pada April, Kongres AS meluluskan bantuan sebanyak US$17 bilion kepada Israel sebagai sebahagian daripada pakej bantuan ketenteraan asing bernilai US$95 bilion.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619