AGENDA

Pelapor Khas PBB: Israel lakukan genosid baharu di utara Gaza

14 Okt 2024, 3:45 AM
Pelapor Khas PBB: Israel lakukan genosid baharu di utara Gaza

NEW YORK, 14 OKT: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.

“Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza,” kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.

Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi 'pembunuh sukarela', menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.

"Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.

“Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai," katanya.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619