AGENDA

JPJ, Touch 'n Go kerjasama mudahkan pemilik kenderaan Singapura mohon RFID VEP

20 Sep 2024, 2:09 PM
JPJ, Touch 'n Go kerjasama mudahkan pemilik kenderaan Singapura mohon RFID VEP

PUTRAJAYA, 20 SEPT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama dengan Touch ‘n Go (TNG) untuk mengemas kini maklumat nombor kad pengenalan pemilik kenderaan Singapura bagi memudahkan permohonan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata ia boleh dilakukan menerusi aplikasi TNG eWallet pada menu ‘VEP JPJ’.

Beliau berkata bagi tujuan itu, pemilik kenderaan yang merupakan pengguna aplikasi TNG eWallet Singapura perlu mengemas kini aplikasi TNG eWallet kepada versi yang terkini iaitu iOS versi 1.8.37, Android versi 1.8.35.1 dan Huawei versi 1.8.35.1.

“Pihak TNG turut menyediakan pemudah cara yang akan membantu pemilik kenderaan Singapura mengemas kini maklumat yang berkaitan TNG eWallet.

“Pemudah cara ini akan ditempatkan di lokasi yang ditetapkan di dua lokasi tambahan bagi pendaftaran tag itu di Johor iaitu JPJ di Taman Daya dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan di Larkin bermula 23 Sept ini,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) dan JPJ berharap langkah itu akan memudahkan proses pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan Singapura seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap, demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan pengguna jalan raya di Malaysia.

MOT menerusi JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Okt ini.

Pertanyaan lanjut berhubung pendaftaran akaun TNG eWallet boleh dilakukan melalui ‘Chatbox’ di laman sesawang www.touchngo.com.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619