BERITA UTAMA

Insentif RM1 setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya, langkah jaga ekosistem sungai

30 Ogos 2024, 1:30 AM
Insentif RM1 setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya, langkah jaga ekosistem sungai
Insentif RM1 setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya, langkah jaga ekosistem sungai
Insentif RM1 setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya, langkah jaga ekosistem sungai
Insentif RM1 setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya, langkah jaga ekosistem sungai

SHAH ALAM, 30 OGOS: Insentif RM1 ditawarkan bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sepanjang September ini.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata peserta hanya dibenarkan melakukan tangkapan di kawasan ditetapkan urus setia selain wajib membawa kad pengenalan ketika program.

Katanya jadual tangkapan adalah pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang September ini melibatkan tarikh 1,7,8,14,15,21,22,28 dan 29 mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Peserta mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, mematuhi waktu pendaftaran dari 8 hingga 10 pagi dan membawa peralatan sendiri.

“Pihak urus setia tidak bertanggungjawab atas risiko keselamatan dan kesihatan peserta,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Izham inisiatif itu adalah usaha dan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kelestarian ekosistem sungai serta ikan tempatan di negeri ini.

Maklumat lanjut hubungi 011-1500 2708 (Haziq) dan 012-911 2194 (Amli).

Pada 10 Ogos ketika mengumumkan inisiatif itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu antara lain bagi mengurangkan populasi hidupan itu yang menjadi antara penyebab kepada runtuhan tebing sungai dan ban.

Pada 9 Jun, Izham berkata enakmen melarang pelepasan ikan invasif atau asing bakal dikuat kuasa tahun ini sebagai langkah memulihara sungai dan spesies tempatan.

Katanya undang-undang itu melibatkan pembuangan ikan antaranya jenis bandaraya, baung ekor merah dan keli afrika yang dikategorikan sebagai pemangsa sekali gus mengancam habitat asal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619