BERITA UTAMA

Hari terakhir insentif tangkap ikan bandaraya dapat RM1 setiap kg

29 Sep 2024, 1:00 AM
Hari terakhir insentif tangkap ikan bandaraya dapat RM1 setiap kg
Hari terakhir insentif tangkap ikan bandaraya dapat RM1 setiap kg
Hari terakhir insentif tangkap ikan bandaraya dapat RM1 setiap kg
Hari terakhir insentif tangkap ikan bandaraya dapat RM1 setiap kg

SHAH ALAM, 29 SEPT: Insentif RM1 ditawarkan Kerajaan Negeri bagi setiap kilogram tangkapan ikan bandaraya (pleco) di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat sepanjang September.

Memasuki hari terakhir hari ini, jadual tangkapan ditetapkan pada setiap Sabtu dan Ahad melibatkan tarikh 1, 7, 8, 14, 15, 21, 22, 28 dan 29 September, bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata peserta program mesti warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan hanya dibenarkan menangkap ikan di kawasan ditetapkan.

“Peserta wajib membawa kad pengenalan termasuk peralatan sendiri. Pihak urus setia juga tidak bertanggungjawab atas risiko keselamatan dan kesihatan peserta.

“Waktu pendaftaran dari 8 hingga 10 pagi. Untuk maklumat lanjut hubungi 011-1500 2708 (Haziq) dan 012-911 2194 (Amli),” katanya menerusi Facebook.

Insentif tangkapan ikan bandaraya diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Ogos lalu sebagai langkah mengurangkan populasi yang menjadi antara penyebab runtuhan tebing sungai dan ban.

Pada 9 Jun, Izham berkata enakmen melarang pelepasan ikan asing yang dikategorikan sebagai pemangsa bakal dikuat kuasa tahun ini untuk memulihara sungai dan ekosistem spesies tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619