BERITA UTAMA

Mpox: EXCO pesan elak aktiviti berisiko, periksa kesihatan jika bergejala

23 Ogos 2024, 6:00 AM
Mpox: EXCO pesan elak aktiviti berisiko, periksa kesihatan jika bergejala
Mpox: EXCO pesan elak aktiviti berisiko, periksa kesihatan jika bergejala

SHAH ALAM, 23 OGOS: Individu yang merancang untuk melawat negara yang melaporkan kes cacar monyet atau mpox dinasihatkan menghindari aktiviti berisiko dan mengamalkan gaya hidup sihat.

EXCO kesihatan awam berkata pengembara yang kembali ke tanah air dari negara berisiko khasnya Republik Demokratik Congo (DRC) dan rantau Afrika juga perlu memantau kesihatan diri selama 21 hari.

Jamaliah Jamaluddin turut mengingatkan individu dengan sejarah aktiviti berisiko dan bergejala menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan diagnosis tepat dan mengelak penularan lanjut.

"Selangor akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk memantau situasi mpox di dalam dan luar negara dan mengumumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya.

Menerusi Facebook, Jamaliah berkata pengisytiharan semula mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam Berkenaan Antarabangsa oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 14 Ogos perlu diambil perhatian.

Ia berikutan katanya, kebimbangan kenaikan ketara kes berkenaan khususnya di DRC dan negara jiran

di rantau Afrika, dengan lebih 15,600 kes dan 537 kematian dilaporkan tahun ini.

“Penyebaran strain baru mpox, iaitu clade 1b yang lebih cepat menular, menambah kebimbangan potensi penyebarannya ke negara lain termasuk Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, maklumnya, pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini mendapati tiada kes baharu mpox dilaporkan dalam negara tahun ini dan kekal sembilan kes pada 2023.

Berikut dikongsikan gejala dan penularan virus berkenaan menurut maklumat KKM:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619