SELANGOR

Jelajah promosi perlawanan Piala Sultan Selangor di lima PBT

1 Jul 2024, 9:15 AM
Jelajah promosi perlawanan Piala Sultan Selangor di lima PBT
Jelajah promosi perlawanan Piala Sultan Selangor di lima PBT

SEPANG, 1 JULAI: Siri jelajah promosi perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) melibatkan aksi Selangor dan Singapura diadakan di lima pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan hebahan.

Pengerusi dan pengurusan pasukan berkata sesi bermula di Majlis Bandaraya Shah Alam pada 24 Jun, diikuti Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) hari ini.

Menurut Tan Sri Abd Karim Munisar, promosi akan diteruskan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (9 Julai), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (15 Julai) serta Majlis Perbandaran Selayang (22 Julai).

“Siri jejalah khas juga diadakan di syarikat penaja cabutan bertuah kereta Honda City di Tanjung Balai Group (Honda 4S Centre) Seri Kembangan pada Sabtu 13 Julai dari 10 pagi hingga 12 tengahari.

“Peminat yang memandu kereta jenis Honda untuk membeli tiket dan jersi pada hari itu berpeluang mendapat 32 mata pemeriksaan secara percuma namun terhad kepada yang terawal,” katanya.

Terdahulu, Abd Karim mengetuai siri jelajah di MPSepang selain turut menyerahkan tiket perlawanan kepada Yang Dipertunya Dato’ Abd Hamid Hussain.

[caption id="attachment_650166" align="alignnone" width="773"] Pengerusi dan Pengurus pasukan Kejohanan Bola Sepak Sultan Selangor Tan Sri Dato' Abd Karim Munisar (tengah) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Dato’ Abd Hamid Hussain (lima, kiri) bersama wakil penerima tiket perlawanan program Siri Jelajah Promosi dan Penyerahan Tiket Piala Sultan Selangor 2024 di Ibu Pejabat MPS, Sepang pada 1 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau memaklumkan tiket berharga RM10 dan RM30 selain jersi TSSC boleh dibeli di Restoran Uncle K (SACC Mall, Shah Alam serta Hotel Concorde Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Pilihan Selangor pernah meraih gelaran sebanyak sembilan kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Sementara Pilihan Singapura pula pernah bergelar juara tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Kedua-dua pasukan turut berkongsi kejuaraan pada 2015 memandangkan perlawanan terpaksa dibatalkan susulan jerebu.

Kali terakhir TSSC diadakan pada 2019 yang mana Pilihan Selangor menewaskan Pilihan Singapura 1-0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619