AGENSI

Pikat ramai peniaga kecil, Seldec giat promosi di Kuala Selangor

20 Okt 2021, 4:59 AM
Pikat ramai peniaga kecil, Seldec giat promosi di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 20 OKT: Kempen promosi dipergiat bagi menarik lebih ramai usahawan kecil dan mikro dari Kuala Selangor menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec).

Inisiatif yang diperkenal sejak 2019 akan dibuat bersama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam tempoh terdekat, kata pengurus besar pembangunan perniagaannya.

Promosi secara fizikal atau turun padang juga lebih mudah berikutan Selangor beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara mulai Isnin, jelas Noraziziah Abdullah.

"Walaupun ada penyertaan usahawan dari daerah berkenaan, namun sambutan belum agresif dan mereka belum bersedia untuk beralih kepada pemasaran dalam talian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Noraziziah memaklumkan Seldec beroperasi di Kuala Selangor bermula Ogos susulan banyak permintaan supaya membuka ruang perniagaan di situ.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan pengusaha luar bandar di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619