AGENSI

Pempamer sidang niaga tawar promosi istimewa, pengunjung tidak lepaskan peluang

22 Okt 2023, 2:28 PM
Pempamer sidang niaga tawar promosi istimewa, pengunjung tidak lepaskan peluang
Pempamer sidang niaga tawar promosi istimewa, pengunjung tidak lepaskan peluang
Pempamer sidang niaga tawar promosi istimewa, pengunjung tidak lepaskan peluang
Pempamer sidang niaga tawar promosi istimewa, pengunjung tidak lepaskan peluang

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Lebih banyak promosi istimewa ditawarkan kepada pengunjung pada hari terakhir Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 hari ini.

Pemandu lori, Marhizamzul Ismail, 44, berkata beliau melihat banyak pempamer menawarkan jualan hebat pada harga berpatutan, khususnya di ekspo makanan dan minuman.

[caption id="attachment_609498" align="alignleft" width="500"] Pemandu lori Marhizamzul Ismail, 44. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya tidak pernah melepaskan peluang ke program anjuran Kerajaan Negeri, selain datang ke sini untuk menyokong perniagaan oleh usahawan kecil dan sederhana.

“Hari ini saya lihat banyak peniaga melakukan promosi. Rugi jika pengunjung tidak manfaatkan peluang ini,” katanya yang hadir bersama isteri, Fitriah Roji, 37.

Sementara itu, kontraktor, Teoh Chun Yeaw, 37, sanggup memandu jauh dari Banting mengunjungi SIBS buat kali kedua bersama ahli keluarga.

Beliau yang pertama kali ke sidang niaga antarabangsa itu pada Jumaat lalu tertarik untuk melihat pelbagai acara terutama pameran bandar pintar dan digital.

[caption id="attachment_609499" align="aligncenter" width="814"] Teoh Chun Yeaw, 37, (kanan) bersama keluarga mengunjungi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Saya sudah datang pada Jumaat lalu, tetapi pada masa itu saya hadir seorang diri. Hari ini saya datang bersama anak-anak dan isteri sekali gus meluangkan hujung minggu di sini,” katanya.

SIBS 2023 yang bermula Khamis lalu di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur menyediakan hampir 1,050 reruai dengan jangkaan 50,000 pengunjung termasuk pelawat luar negara.

Sidang tahunan itu menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

[caption id="attachment_609501" align="aligncenter" width="734"] Pengunjung tertarik melihat robot pintar di reruai Entomal Biotech pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619