BERITA UTAMA

Tubuh pusat adaptasi perubahan iklim antara inisiatif negeri pelihara alam

9 Jun 2024, 12:00 AM
Tubuh pusat adaptasi perubahan iklim antara inisiatif negeri pelihara alam
Tubuh pusat adaptasi perubahan iklim antara inisiatif negeri pelihara alam

HULU SELANGOR, 8 JUN: Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan khazanah dan sumber alam di Selangor dipelihara secara mampan.

EXCO alam sekitar berkata pelbagai inisiatif dilaksana bagi menangani perubahan iklim seperti penguatkuasaan undang-undang, program pemantauan, program pendidikan dan kesedaran alam sekitar.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, antara inisiatif yang sedang dijalankan ialah penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor, pengekalan kawasan liputan hijau tidak kurang 30 peratus dan projek penanaman 11 juta pokok.

“Usaha lain adalah pembangunan Dasar Perubahan Iklim Selangor, projek pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan Negeri dan program Geran Kecil Alam Sekitar.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukam penglibatan aktif jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), korporat dan individu dalam program berteraskan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Ikon Alam Sekitar Negeri yang dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun, di sini hari ini.

[caption id="attachment_646955" align="alignnone" width="796"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan memberi tapir makan ketika majlis pelancaran Ikon Alam Sekitar Selangor 2024 di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Hulu Selangor pada 8 Jun 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Jamaliah memaklumkan Kerajaan Negeri turut menumpu pembangunan Pusat Konservasi Tapir Sungai Dusun sebagai pusat ekopelancongan baharu di negeri.

Katanya, pembangunan di bawah Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam Selangor 2035 dan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Hulu Selangor 2035 bertujuan memacu industri pelancongan di kedua-dua daerah itu.

“Manakala, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menjalankan tanggungjawab korporat sosial (CSR) menaik taraf fasiliti dan kemudahan di pusat ini.

“Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menjalankan CSR memberi sumbangan makanan kepada kehidupan liar kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor secara berkala,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619