AGENDA

Warga emas maut kemalangan ketika pulang mengaji

3 Jun 2024, 11:45 AM
Warga emas maut kemalangan ketika pulang mengaji

REMBAU, 3 JUN: Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban – Tampin pada 1.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata wanita terbabit dalam perjalanan pulang selepas mengaji di Madrasah Bongek di sini.

Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan kenderaan Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff berusia 66 tahun dengan dua kenderaan lain iaitu Proton Iswara dan Proton Wira masing-masing dipandu lelaki berusia 49 tahun dan 22 tahun.

"Mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira dari arah belakang Proton Iswara itu tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa di sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan pemandu Proton Iswara pula menerima rawatan lanjut di Hospital Rembau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619