BERITA UTAMA

Tindakan pantas LUAS elak sumber air tercemar akibat tumpahan minyak lori sawit

14 Mei 2024, 12:00 PM
Tindakan pantas LUAS elak sumber air tercemar akibat tumpahan minyak lori sawit
Tindakan pantas LUAS elak sumber air tercemar akibat tumpahan minyak lori sawit

SHAH ALAM, 14 MEI: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengelak gangguan bekalan air susulan insiden kemalangan membabitkan lori tangki muatan minyak kelapa sawit di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, semalam.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata pihaknya menerima maklumat itu daripada syarikat pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), ANIH Berhad berhubung kejadian di Kilometer 36.8 lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata lokasi kemalangan terletak berdekatan sumber air di Sungai Gombak yang membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gombak pada jarak 8.8 km dan LRA Wangsa Maju pada jarak 17.2 km.

“Insiden kemalangan ini menyebabkan berlakunya tumpahan minyak kenderaan terlibat masuk ke dalam longkang berhampiran lebuh raya.

“LUAS segera berkomunikasi dengan ANIH Berhad agar tindakan kawalan tumpahan dan pembersihan dapat dilaksanakan serta-merta yang mana ia berpotensi memberi risiko pencemaran kepada sumber air berhampiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_642910" align="aligncenter" width="887"] Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengelak tumpahan minyak lori tangki muatan minyak kelapa sawit memasuki sumber air dalam kejadian di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur pada 13 Mei 2024. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor[/caption]

Menurut Jamaliah, ANIH Berhad berjaya mengawal tumpahan minyak dengan langkah pencegahan awal iaitu membina ban di dalam longkang terlibat bagi menyekat aliran tumpahan minyak.

Jelasnya, semakan LUAS mendapati tiada aliran tumpahan minyak mengalir ke sungai berhampiran dan kerja pembersihan dilaksana oleh pemilik kenderaan dengan kerjasama ANIH Berhad dan pihak polis.

“Pasukan LUAS telah berada di lokasi memantau rapi kerja pembersihan dan penyedutan tersebut sehingga selesai pada 2.30 pagi tadi. Secara keseluruhannya tiada gangguan kepada operasi LRA dilaporkan.

“Kerajaan Negeri dan LUAS merakamkan penghargaan kepada ANIH Berhad dan semua pihak terlibat kerana berjaya mengawal risiko insiden daripada menyebabkan pencemaran kepada sumber air negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619