AGENDA

LUAS: Kerja pembersihan tumpahan minyak Lebuhraya Karak selesai

27 Dis 2024, 3:01 AM
LUAS: Kerja pembersihan tumpahan minyak Lebuhraya Karak selesai

SHAH ALAM, 27 DIS: Kerja pembersihan tumpahan 20 tan minyak kelapa sawit di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.

Setakat jam 9 pagi tadi, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan baki kerja hari ini adalah pengalihan keluar sisa bungkusan minyak yang dikumpulkan oleh pemilik kenderaan.

“Tiada gangguan kepada keadaan Sungai Gombak sepanjang kerja pembersihan dijalankan hasil daripada pemantauan rapi oleh LUAS bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Bagaimanapun, pemantauan dan pengesahan lanjut berhubung sebarang kesan sisa minyak dijalankan lagi pagi ini oleh LUAS dan Air Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Kemalangan lori tangki di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur dilaporkan berlaku sekitar 12.30 tengah malam kelmarin menyebabkan tumpahan 20 tan minyak kelapa sawit sepanjang 150 meter.

Kesan tumpahan tersebut dikesan mengalir ke anak Sungai Gombak sekali gus menjejaskan bekalan air mentah kepada loji rawatan air Sungai Gombak bermula jam 2 pagi sehingga jam 6 petang semalam.

EXCO alam sekitar memberitahu LUAS bertindak segera dengan mengarahkan syarikat pemilik kenderaan terlibat melaksanakan kerja menyodok keluar sisa minyak yang membeku di dalam longkang dan kebuk takungan lebuh raya.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, LUAS turut melaksanakan tindakan kawalan pencegahan dengan meletakkan tiga unit ‘oil boom’ di anak Sungai Gombak selain 10 beg karbon teraktif (AC) bagi tujuan nyahbau.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619