AGENDA

Angka korban warga Palestin hampiri 34,700 susulan serangan berterusan Israel

5 Mei 2024, 3:00 PM
Angka korban warga Palestin hampiri 34,700 susulan serangan berterusan Israel
Angka korban warga Palestin hampiri 34,700 susulan serangan berterusan Israel
Angka korban warga Palestin hampiri 34,700 susulan serangan berterusan Israel

ANKARA, 5 MEI: Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad.

Satu kenyataan kementerian menambah 78,018 orang lagi cedera dalam serangan itu.

“Serangan Israel mengakibatkan 29 orang maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.

[caption id="attachment_631390" align="aligncenter" width="812"] Seorang wanita Palestin berdiri di atas runtuhan susulan serangan berterusan Israel di Rafah, Semenanjung Gaza pada 3 Februari 2024. Foto REUTERS[/caption]

Ramai mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat masih tidak dapat menghampiri mereka, katanya.

Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

[caption id="attachment_637121" align="aligncenter" width="812"] Kanak-kanak Palestin tidak sabar mengambil makanan pada hari ketiga Ramadan, bersamaan 13 Mac, ketika serangan Israel berterusan di Rafah, selatan Gaza pada 13 Mac 2024. Foto REUTERS[/caption]

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619