AGENDA

Debu letusan Gunung Ruang tidak jejaskan kualiti udara permukaan Sabah, Sarawak

18 Apr 2024, 10:39 AM
Debu letusan Gunung Ruang tidak jejaskan kualiti udara permukaan Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU, 18 APRIL: Awan debu yang terhasil akibat letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata bagaimanapun awan debu terhasil akibat letusan gunung berapi setinggi 725 meter dari paras laut itu pada 9.45 pagi, Selasa lepas, menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri berkenaan.

“Ketinggian letusan yang dicerap ialah hingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. MetMalaysia akan terus memantau kesan letusan Gunung Berapi Ruang terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Indonesia telah meningkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (Awas) dan menjangkakan gunung berapi itu akan terus aktif serta boleh meletus daripada semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619