AGENDA

Letusan Gunung Ruang: MAS sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan

1 Mei 2024, 5:59 AM
Letusan Gunung Ruang: MAS sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan

KUALA LUMPUR, 1 MEI: Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.

Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan walau bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

“Perkembangan terkini akan diberikan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” tambahnya.

Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2668 (KUL-SDK) dan MH2669 (SDK-KUL).

Sementara itu, penerbangan ke dan dari Sarawak yang dibatalkan ialah MH2594 (KUL-MYY), MH2593 (MYY-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2575 (MYY-KUL), MH2716 (KUL-SBW) dan MH2715 (SBW-KUL).

“Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka itu, Malaysia Airlines menawarkan perubahan sekali sahaja ke atas jadual perjalanan pelanggan yang terjejas secara percuma, atau mereka boleh memilih bayaran balik sepenuhnya tanpa mengira jenis tambang mereka,” menurunya.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa pelanggan terjejas yang ingin menukar penerbangan atau atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui 'Tempahan Saya' di laman web.

“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi sokongan ‘Live Chat’ langsung yang tersedia di laman web atau menghubungi Pusat Perhubungan Global kami,” menurutnya.

Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan teratas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619