ADN

ADN Seri Setia agih bakul makanan, duit raya kepada 100 individu

4 Apr 2024, 10:00 AM
ADN Seri Setia agih bakul makanan, duit raya kepada 100 individu
ADN Seri Setia agih bakul makanan, duit raya kepada 100 individu

PETALING JAYA, 4 APRIL: Seramai 100 individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya pada program Cahaya Ramadan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di sini, hari ini.

Bakul makanan yang mengandungi barangan dapur bernilai RM100 dan duit raya (RM150) daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM) Selangor itu disampaikan Ahli Dewan Negerinya (ADN) Dr Mohammad Fahmi Ngah.

“Program serahan sumbangan hari ini dibuat dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Telekom Petaling Jaya dan Pusat Khidmat DUN Seri Setia.

[caption id="attachment_636324" align="alignleft" width="473"] EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah bergambar bersama penerima sumbangan ketika majlis penyerahan sumbangan Yayasan Telekom Malaysia (TM) Selangor kepada asnaf dan ibu tunggal di kawasan DUN Seri Setia di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya pada 4 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sumbangan bakul makanan dan duit raya ini memberi manfaat kepada 50 asnaf dan 50 ibu tunggal DUN Seri Setia dengan jumlah bernilai RM250,” katanya selepas majlis serahan sumbangan berkenaan.

Pada majlis sama, Naib Presiden Kawal Selia & Perhubungan TM Meor Shahril Anuar Rathuan berkata pihaknya membelanjakan sejumlah RM320,000 untuk membantu 3,000 golongan memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.

“Sumbangan berbentuk bakul makanan dan barangan keperluan raya seperti baju dan duit raya (wang tunai) kepada penerima di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan masyarakat Orang Asli.

“Matlamat kami adalah untuk meringankan kesusahan para penerima bantuan, memastikan mereka juga dapat berkongsi serta merasai kegembiraan dan kemanisan bulan Ramadan,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619