ADN

DUN Seri Setia peruntuk RM160,000 agih baucar beli-belah raya

14 Mac 2025, 12:00 AM
DUN Seri Setia peruntuk RM160,000 agih baucar beli-belah raya

PETALING JAYA, 14 MAC: Sejumlah RM160,000 diperuntuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia untuk agihan baucar Jom Shopping Aidilfitri membabitkan 800 penerima.

Wakil rakyatnya Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata baucar membeli-belah bernilai RM200 itu akan diagihkan bermula Sabtu ini secara berfasa kepada penduduk yang layak.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Cahaya Ramadan di Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan di sini, semalam.

Tahun ini Kerajaan Negeri menyediakan 36,350 baucar RM200 sempena Aidilfitri yang disambut hujung bulan ini. Jumlah itu sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM12 juta.

Dalam pada itu, Dr Fahmi yang juga EXCO Hal Ehwal Agama berkata RM100,000 pula diagihkan kepada 10 masjid dan 20 surau sekitar Seri Setia bagi meringankan pihak pengurusan dalam mengimarah program di rumah ibadat.

“Alhamdulillah, menariknya tahun ini kita turut mengagihkan duit raya kepada semua petugas masjid dan surau dalam DUN Seri Setia sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619