PBT

300 penunggang motosikal terima petrol percuma sumbangan MBSA

2 Apr 2024, 5:00 AM
300 penunggang motosikal terima petrol percuma sumbangan MBSA
300 penunggang motosikal terima petrol percuma sumbangan MBSA
300 penunggang motosikal terima petrol percuma sumbangan MBSA
300 penunggang motosikal terima petrol percuma sumbangan MBSA

SHAH ALAM, 2 APRIL: Seramai 300 penunggang motosikal terima minyak petrol percuma anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Stesen Minyak Petronas Seksyen 7, di sini.

Datuk Bandarnya Ir Cheremi Tarman berkata rata-rata penerima terdiri daripada penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri dan pelajar.

"Inisiatif ini merupakan komitmen MBSA untuk membantu komuniti dalam kawasan Shah Alam selain merapatkan hubungan dengan masyarakat.

"Kita berharap dengan melaksanakan program kebajikan terhadap komuniti ia sekali gus dapat meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial dalam kalangan warga Shah Alam," katanya.

[caption id="attachment_636053" align="aligncenter" width="809"] Penunggang motosikal memegang poster tanda menyokong program 'Jom Isi Minyak Percuma' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam di stesen minyak Petronas Seksyen 7, Shah Alam pada 2 April 2024. Foto Majlis Bandaraya Shah Alam[/caption]

Ditemui selepas merasmikan program 'Jom Isi Minyak Motosikal Percuma' di sini, Cheremi berkata pihaknya berhasrat memperluas lagi inisiatif itu ke kawasan utara dan selatan Shah Alam.

"Insya-Allah, kita bercadang untuk anjurkan program ini pada setiap tahun supaya lebih ramai masyarakat disantuni," jelasnya.

Sementara itu, penerima minyak petrol percuma Hisyamuddin Hasan, 39, berterima kasih dan memuji inisiatif MBSA membantu penunggang motosikal berjimat.

[caption id="attachment_636051" align="aligncenter" width="780"] Hisyamuddin Hasan, 39,[/caption]

"Kerja seperti saya pemandu Grab (e-panggilan) ini memang banyak bergerak sana-sini dengan motor, sehari lebih kurang RM6 untuk petrol. Apabila dapat percuma hari ini syukur sangat, jimat belanja," katanya.

Manakala, Rahimah Sidiahmad, 45, memuji inisiatif dilaksanakan pihak berkuasa tempatan itu dan berharap ia diteruskan lagi pada masa akan datang.

[caption id="attachment_636050" align="aligncenter" width="713"] Rahimah Sidiahmad, 45,[/caption]

"Pertama kali dapat petrol percuma, bagus inisiatif macam ini harap MBSA teruskan lagi membantu golongan penunggang motosikal seperti kami," katanya yang bekerja di Universiti Teknologi MARA.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619