PBT

MBSA rekod kompaun tertunggak lebih RM204 juta sejak 1978

29 Nov 2023, 7:34 AM
MBSA rekod kompaun tertunggak lebih RM204 juta sejak 1978
MBSA rekod kompaun tertunggak lebih RM204 juta sejak 1978

SHAH ALAM, 29 NOV: Sejumlah RM204.8 juta tunggakan kompaun untuk pelbagai kesalahan direkodkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak 1978.

Pemangku Datuk Bandarnya Ir Cheremi Tarman berkata tunggakan itu dari awal penubuhannya hingga September lalu membabitkan 2,931,832 notis kompaun.

[caption id="attachment_616016" align="aligncenter" width="779"] Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Cherami Tarman bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBSA di Dewan Perbandaran, Wism MBSA, Shah Alam, pada 29 November 2023. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Jumlah kompaun tertinggi yang dikeluarkan adalah bagi kesalahan parkir seperti gagal mempamer kupon letak kereta secara jelas dan sah.

“Selain itu jenis kesalahan lain mempunyai kompaun tunggakan yang tinggi kenderaan muatan lebihan, premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan serta peniaga gerai yang menjalankan operasi tanpa permit,” katanya.

Ditemui selepas mesyuarat penuh MBSA di sini hari ini, Cheremi menambah pihaknya sering menganjurkan kempen termasuk menambah saluran bayaran atas talian bagi memastikan pemilik kompaun menjelaskan tunggakan mereka.

“Tindakan kompaun yang dikenakan untuk tujuan mendidik untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bukannya menghukum masyarakat.

“Pelbagai insentif juga disediakan seperti Orang Kena Kompaun (OKK) hanya membayar sebanyak RM10 dalam 24 jam dari tarikh kompuan dikeluarkan perlu diambil peluang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619