BERITA UTAMA

MBSA kumpul lebih 3,700kg lebihan makanan bazar takat seminggu

27 Mac 2024, 1:15 AM
MBSA kumpul lebih 3,700kg lebihan makanan bazar takat seminggu
MBSA kumpul lebih 3,700kg lebihan makanan bazar takat seminggu

SHAH ALAM, 26 MAC : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya mengumpul 3,780.3 kilogram (kg) lebihan makanan di bazar Ramadan setakat seminggu program MySave Food@Bazar Ramadan.

Datuk Bandar Ir Cheremi Tarman berkata program mengumpul lebihan makanan itu semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan peniaga sekali gus menyelamatkan ratusan kilogram makanan daripada dibuang.

“Kita mengalu-alukan peniaga bazar untuk terus menyokong program ini kerana secara tidak langsung kita dapat membantu golongan kurang mampu.

"Agihan makanan kepada golongan memerlukan itu selamat berikutan dihantar dalam tempoh dua jam," katanya selepas Program Sumbangan Prihatin MBSA sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Dewan MBSA Kiambang, Seksyen 7 di sini semalam.

Program MySave Food@Ramadan Bazar dimulakan MBSA sejak empat tahun lalu dengan mengumpul lebihan makanan tidak habis dijual di bazar Ramadan untuk diagih kepada golongan memerlukan.

Pada tahun ini, program diadakan dari Isnin hingga Jumaat membabitkan tiga bazar Ramadan iaitu di Stadium Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19.

[caption id="attachment_635051" align="aligncenter" width="683"] Pelajar mengambil makanan yang disalurkan melalui kempen MBSA ‘MySave Food’ di Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619