BERITA UTAMA

Elak bazir, MBSA kumpul lebih 7,000kg lebihan makanan di bazar Ramadan

5 Apr 2024, 12:20 AM
Elak bazir, MBSA kumpul lebih 7,000kg lebihan makanan di bazar Ramadan
Elak bazir, MBSA kumpul lebih 7,000kg lebihan makanan di bazar Ramadan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya mengumpul 7,176.4 kilogram lebihan makanan dan minuman di bazar Ramadan sepanjang 14 hari program bermula 14 Mac,

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program MySave Food@Bazar Ramadan melibatkan tiga bazar Ramadan iaitu di Stadium Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19.

“Antara makanan yang banyak diterima sepanjang program adalah kuih muih, air balang, pelbagai jenis nasi, bubur, lauk pauk dan sebagainya

"Makanan dan minuman itu dikumpul di tiga lokasi bazar sebelum diagihkan kepada golongan memerlukan,” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

MBSA turut memaklumkan program mengumpul makanan mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga bazar.

“Makanan yang diterima kemudiannya diagihkan oleh para petugas kepada golongan yang memerlukan seperti pelajar institusi pengajian tinggi, surau, masjid, pangsapuri kos rendah dan sebagainya.

“Selain mengurangkan pembaziran, inisiatif ini mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan dan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

MBSA turut berterima kasih kepada penyumbang makanan daripada tiga bazar terlibat dan sukarelawan dari Pemuda GEMA Malaysia, Briged Sukarelawan UiTM, Jabatan Pendidikan Tinggi, Harmoni UiTM Shah Alam serta IKRAM Muda Shah Alam.

MBSA meneruskan program MySave Food@Bazar Ramadan yang diperkenal sejak tiga tahun lalu dengan mengumpul lebihan makanan tidak habis dijual di bazar Ramadan untuk diagih kepada golongan memerlukan.

[caption id="attachment_636439" align="aligncenter" width="685"] Pelajar mengambil makanan yang disalurkan melalui kempen MBSA ‘MySave Food’ di Pusat Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619