AGENDA

Google nyahaktif paparan tukaran wang RM sementara waktu, selesai isu teknikal

22 Mac 2024, 12:02 PM
Google nyahaktif paparan tukaran wang RM sementara waktu, selesai isu teknikal

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Google tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi memastikan tidak lagi berlaku kesilapan paparan pertukaran nilai wang RM pada masa hadapan.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Google untuk memastikan perkara berkenaan.

“Saya dimaklumkan ia (paparan tukaran RM) akan diadakan semula apabila segala proses berkaitan yang diambil Google itu selesai. Jadi saya tidak mahu mana-mana pihak fitnah, tohmah kononnya tindakan Google itu arahan pihak tertentu,” katanya dalam sidang media di Angkasapuri hari ini.

Google telah dua kali melakukan kesilapan dalam menerbitkan data kadar pertukaran RM pada tahun ini, masing-masing pada 6 Feb dan 15 Mac sehingga menimbulkan pertikaian di media sosial.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619