AGENDA

Pelaburan Google bukti Selangor pusat ekonomi, tawar kerja bernilai tinggi

3 Jun 2024, 12:00 PM
Pelaburan Google bukti Selangor pusat ekonomi, tawar kerja bernilai tinggi

SHAH ALAM, 3 JUN: Pelaburan syarikat gergasi teknologi Google di Elmina Business Park, Sungai Buloh sebanyak RM9.4 bilion membuktikan pelabur yakin dengan potensi pembangunan negeri.

EXCO pelaburan berkata seiring pembangunan taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan semikonduktor di Puchong, pelaburan Google turut meningkatkan daya tarikan Selangor termasuk tawaran kerja bernilai tinggi.

“Pelaburan Google untuk pusat data dan Google Cloud Region membawa kesan berganda kepada pelbagai industri terutama semikonduktor sekali gus mengukuhkan status Selangor sebagai pusat ekonomi negara

“Perancangan pembangunan ini bergantung kepada teknologi semikonduktor yang canggih berikutan penggunaan meluas merangkumi AI (kecerdasan buatan),” kata Ng Sze Han kepada Selangorkini.

Pada Khamis Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan Google dijangka menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia.

Ia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion).

Pelaburan itu susulan perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc (Alphabet), yang juga Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat.

Memorandum Persefahaman turut ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Google pada 14 November 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619