AGENDA

Acara basikal trek di Hong Kong: Shah Firdaus, Ridwan Sahrom, Izzah Izzati tersingkir

16 Mac 2024, 9:24 AM
Acara basikal trek di Hong Kong:  Shah Firdaus, Ridwan Sahrom, Izzah Izzati tersingkir

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Kesemua atlet berbasikal trek negara yang berlumba hari ini, gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir pada hari kedua acara Trek Piala Negara-negara UCI 2024, di Hong Kong.

Dalam acara keirin, Muhammad Shah Firdaus bersama adiknya Muhammad Ridwan Sahrom gagal melepasi repechage pusingan pertama, pada kejohanan tiga hari yang berlangsung di Veledrom Hong Kong.

Muhammad Shah Firdaus menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada saringan keenam, manakala Muhammad Ridwan pula menduduki di tempat kelima pada saringan keempat.

Hanya dua pelumba dari setiap saringan layak ke suku akhir.

Terdahulu pada perlumbaan pusingan pertama Muhammad Shah Firdaus menduduki tempat kedua saringan keenam, manakala Muhammad Ridwan menduduki tempat kelima pada saringan pertama.

Pemenang pada setiap saringan layak ke pusingan lapan terbaik, manakala pelumba lain pula ke repechage pusingan pertama.

Sementara itu pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri gagal layak ke pusingan 1/16 akhir acara pecut, apabila hanya menduduki tempat ke-30 pada pusingan kelayakan.

Empat pelumba terbaik layak ke suku akhir, manakala mereka yang menduduki tempat kelima ke-28 layak ke 1/6 akhir.

Piala Negara-negara edisi Hong Kong berakhir esok.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619