BERITA UTAMA

160 gerai di festival makanan Selangor, belon udara panas jadi tarikan

13 Feb 2024, 7:00 AM
160 gerai di festival makanan Selangor, belon udara panas jadi tarikan
160 gerai di festival makanan Selangor, belon udara panas jadi tarikan

SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai hidangan menarik pada harga berpatutan di Festival Makanan Selangor Havoc 2024 bermula hari ini.

EXCO pemberdayaan usahawan berkata program sempena Kejohanan Badminton Berpasukan Asia Selangor 2024 (BATC) menghimpunkan 160 pengusaha makanan dari seluruh negeri.

“Festival makanan ini memberi peluang kepada usahawan untuk sama-sama ambil bahagian dan memeriahkan BATC yang menyaksikan Selangor menjadi tuan rumah sekali lagi kali ini.

“Ia juga diadakan sempena musim cuti sekolah dan seisi keluarga dapat meluangkan masa merapatkan hubungan silaturahim di sini,” kata Najwan Halimi selepas merasmikan festival berkenaan hari ini.

[caption id="attachment_628430" align="alignnone" width="1045"] EXCO Pemberdayaan Usahawan Najwan Halimi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan
Festival Makanan Selangor Havoc 2024 di kawasan tempat letak kereta Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam pada 13 Februari 2024. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

Diadakan di kawasan tempat letak kereta Pusat Konvensyen Setia Alam di sini, Najwan berkata festival itu diadakan enam hari dengan pelbagai pengisian menarik.

Menurutnya, pengunjung juga berpeluang menaiki belon udara panas pada Sabtu dan Ahad ini dengan harga bermula RM80 seorang atau menerusi pakej keluarga yang disediakan.

“Hari ini juga kita sediakan 100 baucar makanan kepada pengunjung terawal dengan nilai RM10,000. Kita sasarkan kehadiran lebih ramai pengunjung terutamanya pada hujung minggu,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619