AGENDA

Palestin kecam rancangan Israel bina 7,000 penempatan di Tebing Barat

3 Feb 2024, 5:30 AM
Palestin kecam rancangan Israel bina 7,000 penempatan di Tebing Barat

RAMALLAH, 3 FEB: Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.

Kementerian itu berkata pelaksanaan pelan itu dianggap peningkatan berbahaya dan provokatif di tengah-tengah konflik serta terang-terangan mencabar pendirian antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS)yang menolak penempatan dan serangan pendatang Yahudi terhadap warga Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Rancangan itu juga dilihat sebagai tindak balas kepada keputusan pentadbiran AS untuk mengenakan sekatan ke atas beberapa pendatang ekstremis Yahudi.

Kementerian menggesa masyarakat antarabangsa dan pentadbiran AS memaksa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu supaya menghentikan sebarang pembinaan.

"Kegagalan untuk melaksanakan resolusi antarabangsa yang berkaitan menggalakkan Israel meningkatkan aktiviti penempatan dan mensabotaj usaha antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan dan mencapai keamanan," menurut kementerian itu.

Pergerakan Peace Now Israel menganggarkan lebih 700,000 pendatang tinggal di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619