AGENDA

Denggi meningkat kepada 3,525 kes minggu lalu, babit dua kematian

22 Jan 2024, 10:30 AM
Denggi meningkat kepada 3,525 kes minggu lalu, babit dua kematian

PUTRAJAYA, 22 JAN: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,525 kes pada Minggu Epidemiologi ke-02 (ME02) 2024 iaitu bagi tempoh 7 hingga 13 Januari berbanding 3, 181 kes pada minggu sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sepanjang tempoh itu, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Dari segi bilangan lokalilti hotspot, beliau berkata jumlahnya meningkat kepada 136 berbanding 130 minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 106 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (17), Perak (5) dan Negeri Sembilan (empat).

Pulau Pinang dan Sabah masing-masing dua lokaliti.

Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiada kes direkodkan pada ME02 dan hanya satu kes dilaporkan setakat ini bagi tahun ini dengan tiada wabak chikungunya dilaporkan.

Sementara itu bagi survelan zika, beliau berkata sebanyak 50 sampel darah telah diambil dan kesemua hasil saringan adalah negatif.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619