AGENDA

Kes demam denggi menurun, tiada kematian dicatat takat 5 Oktober

11 Okt 2024, 9:31 AM
Kes demam denggi menurun, tiada kematian dicatat takat 5 Oktober

PUTRAJAYA, 11 OKT: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 September hingga 5 Oktober lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME40.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME40 adalah sebanyak 105,149 kes berbanding 91,910 kes bagi tempoh sama pada 2023.

“Terdapat 95 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 67 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME40 adalah sebanyak 35 lokaliti berbanding 33 pada minggu sebelumnya.

Daripada 35 lokaliti dilaporkan, 26 adalah di Selangor, Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (dua) manakala masing-masing satu di Johor, Kelantan dan Sabah.

Bagi survelan chikungunya, beliau berkata terdapat dua kes direkodkan pada ME40.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya setakat ini adalah 78 kes. Tiada wabak chikungunya dilaporkan pada ME40.

“Bagi survelan zika sebanyak 2,081 sampel darah, lapan sampel urin dan tiga sampel cairan serebrospinal telah dijalankan saringan zika dengan keputusan adalah negatif,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619