AGENDA

Penunggang motosikal maut langgar babi hutan

20 Jan 2024, 5:03 AM
Penunggang motosikal maut langgar babi hutan

TAMPIN, 20 JAN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata semasa kejadian itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan ke tempat kerja di IOI Gemencheh.

"Mangsa yang bekerja sebagai operator dron itu telah melanggar seekor babi hutan yang menyeberang jalan, lalu lelaki itu tercampak ke atas jalan. Akibat kemalangan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619