Pejalan kaki maut dirempuh kereta di Klang Utara, pemandu hilang kawalan

23 Mac 2026, 4:05 AM
Pejalan kaki maut dirempuh kereta di Klang Utara, pemandu hilang kawalan

SHAH ALAM, 23 MAC: Seorang pejalan kaki warga Bangladesh maut selepas dirempuh sebuah kereta di Klang Utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu berkata kejadian kira-kira jam 7.55 pagi itu berlaku apabila sebuah kenderaan dipandu wanita tempatan berusia 41 tahun dipercayai hilang kawalan.

“Siasatan awal mendapati pemandu bergerak dari Jalan Haji Abdul Manan 1 menghala ke Jalan Kasban sebelum kenderaannya hilang kawalan dan melanggar mangsa di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, saringan awal air kencing terhadap pemandu mendapati tiada unsur dadah.

Beliau berkata lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), sekali gus menyukarkan siasatan, walaupun insiden itu tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Kishen Raj di talian 011-26249291 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619