BERITA UTAMA

MBSA rancang bangun taman seluas 20 ekar, lengkap kemudahan riadah

19 Jan 2024, 10:00 AM
MBSA rancang bangun taman seluas 20 ekar, lengkap kemudahan riadah
MBSA rancang bangun taman seluas 20 ekar, lengkap kemudahan riadah
MBSA rancang bangun taman seluas 20 ekar, lengkap kemudahan riadah

SHAH ALAM, 19 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merancang membangunkan taman jajar (linear park) di sekitar Seksyen 15 yang dijadual bermula Jun.

Datuk Bandar Shah Alam berkata taman awam seluas 20 ekar dibangunkan dengan kos kira-kira RM4 juta itu dilengkapi pelbagai kemudahan riadah termasuk laluan berjoging, berbasikal dan kafe.

[caption id="attachment_624418" align="aligncenter" width="751"] Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman bercakap ketika sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-11 di Dewan Perbandaran, Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 19 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita merancang taman awam ini hujung tahun lalu dan kini dalam proses penyediaan dokumentasi. Pembinaan taman ini dijangka bermula Jun atau selewatnya Julai depan.

“Selain itu, antara rancangan menuju sambutan jubli perak MBSA ialah projek mengindahkan semula landskap di pusat bandar, naik taraf taman rekreasi dan pembangunan taman rakyat,” kata Ir Cheremi Tarman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah sebagai datuk bandar dan 22 ahli majlis baharu di Wisma MBSA di sini, hari ini.

[caption id="attachment_624407" align="aligncenter" width="809"] Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman memimpin ikrar angkat sumpah 22 ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang baharu dilantik bagi sesi 2024-2025 di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA pada 19 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Cheremi turut memaklumkan MBSA menyediakan beberapa pelan perancangan strategik 2024-2025 merangkumi empat teras selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Empat teras ini meliputi 23 strategi utama antaranya termasuklah persekitaran mampan ke arah bandar rendah karbon dan kemakmuran sosio ekonomi bandar raya selain komuniti progresif , inklusif, bersih dan lestari serta kecemerlangan penyampaian berteraskan digitalisasi dan tadbir urus cekap.

“Teras satu hingga tiga menyasarkan kepada peningkatan tahap kualiti bandar raya dan kesejahteraan masyarakat manakala teras keempat pula fokus tadbir urus serta penyampaian cemerlang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619