PBT

Rancak ekonomi, MPK cadang bangun 10,000 hektar tanah kawasan industri

21 Dis 2023, 1:30 AM
Rancak ekonomi, MPK cadang bangun 10,000 hektar tanah kawasan industri
Rancak ekonomi, MPK cadang bangun 10,000 hektar tanah kawasan industri

KLANG, 21 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bercadang membangunkan 10,000 hektar tanah untuk kawasan industri bagi memenuhi permintaan tinggi pengusaha.

Yang Dipertuanya Datin Paduka Noraini Roslan berkata pendekatan itu juga bertujuan merancakkan ekonomi di daerah terbabit yang bakal mencapai status bandar raya.

Beliau menjelaskan pihaknya sudah membuat pindaan terhadap rancangan tempatan bagi merealisasikan hasrat itu dan sedang menunggu kelulusan pentadbiran negeri.

“Kita memang menerima banyak permohonan supaya menambah kawasan industri. Insya-Allah kita akan dapat 10,000 hektar lagi kawasan industri pada masa akan datang.

“Itu (penambahan kawasan industri) daripada segi (pembangunan) ekonominya. Kita mahu ekonomi di Klang terus mampan,” katanya ditemui selepas majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pengusaha kecil tidak berlesen memutihkan status mereka supaya mampu menikmati kemajuan ekonomi berterusan.

“Jika dia (pengusaha kecil) mahu eksport barang kena ada sijil daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dunia sekarang memerlukan pengiktirafan itu. Jadi saya sangat menggalakkan industri itu untuk ke depan,” katanya.

[caption id="attachment_619764" align="aligncenter" width="700"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Datin Paduka Noraini Roslan menyampaikan cek cura dan trofi kepada pemenang Pertandingan Kebersihan Premis Makanan (berhawa dingin) ketika Majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK 2023 di KSL Esplanade Hotel, Klang pada 20 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619