PBT

Lebih 2,000 peserta meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan, promosi gaya hidup sihat

17 Nov 2024, 6:00 AM
Lebih 2,000 peserta meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan, promosi gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan, promosi gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan, promosi gaya hidup sihat
Lebih 2,000 peserta meriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan, promosi gaya hidup sihat

KLANG, 17 NOV: Lebih 2,000 orang memeriahkan Hari Klang Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang diadakan di Padang Sultan Suleiman, di sini hari ini.

Datuk Bandarnya Datin Paduka Noraini Roslan berkata karnival itu dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun pertama Klang dinaik taraf sebagai bandar raya.

"Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Klang Royal City Half Marathon, zumba, mini fiesta makanan dan mini karnival pendidikan keselamatan jalan raya.

"Saya berharap warga Klang khususnya terus memberi sokongan dan kerjasama erat untuk menjayakan Hari Klang Tanpa Kenderaan pada masa akan datang," katanya ketika berucap.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid.

[caption id="attachment_673586" align="aligncenter" width="1067"] Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid (kanan) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datin Paduka Noraini Roslan (dua kiri) selepas pelepasan peserta pada Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena sambutan ulang tahun pertama MBDK di Padang Sultan Suleiman, Klang pada 17 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Mariam menerusi ucapannya memuji inisiatif MBDK menganjurkan program itu yang disifatkan mempromosi gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya.

"Saya juga ingin menggalakkan masyarakat membudayakan program berjalan 10,000 langkah sehari dan secara tidak langsung mengurangkan pencemaran udara," katanya.

Hari Klang Tanpa Kenderaan turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan Utara, Balai Polis Trafik Klang, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Monzo Event, Majlis Keselamatan Jalan Raya serta Pejabat Belia dan Sukan.

[caption id="attachment_673587" align="aligncenter" width="1180"] Peserta bergambar bersama maskot pada Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena sambutan ulang tahun pertama MBDK di Padang Sultan Suleiman, Klang pada 17 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_673588" align="aligncenter" width="1194"] Peserta menyertai zumba pada Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena sambutan ulang tahun pertama MBDK di Padang Sultan Suleiman, Klang pada 17 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619