PBT

MPK fokus naik taraf laluan pejalan kaki, basikal

29 Dis 2023, 3:00 AM
MPK fokus naik taraf laluan pejalan kaki, basikal

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 29 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menaik taraf laluan pejalan kaki dan basikal sebagai inisiatif ke arah Klang Bandaraya Mampan.

Yang Dipertuanya Datin Paduka Noraini Roslan berkata perbincangan terperinci mengenai naik taraf itu sedang giat dilakukan.

“Selain memfokuskan kepada penyediaan dan naik taraf laluan sedia ada, turut dibincangkan cadangan penyediaan lorong pejalan kaki dan basikal baharu yang membolehkan kesinambungan rangkaian kemudahan itu mengikut fasa pembangunan sehingga tahun 2030," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat penuh Disember MPK yang bersiaran secara langsung menerusi Facebook Live MPKlang, semalam.

Pada 9 Disember lalu, laluan jalan kaki di Jalan Pasar dinaik taraf dengan ukuran keluasan 6 meter (m) berbanding sebelum ini 1.5m.

“Satu daripada empat lorong di sepanjang 800m Jalan Pasar akan diubah, dari Jambatan Musaeddin ke selekoh jalan di Lebuh Tapah.

“Laluan pejalan kaki yang dilebarkan itu turut menyediakan kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) seperti laluan 'tactile’. Laluan ini juga menjadi sebahagian daripada pelan pembesaran laluan Warisan Bandar Diraja Klang sejauh 3 kilometer (km),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619