BERITA UTAMA

EXCO: Usaha berterusan martabat institusi keluarga, depani tekanan masa depan

27 Nov 2023, 1:00 AM
EXCO: Usaha berterusan martabat institusi keluarga, depani tekanan masa depan
EXCO: Usaha berterusan martabat institusi keluarga, depani tekanan masa depan
EXCO: Usaha berterusan martabat institusi keluarga, depani tekanan masa depan
EXCO: Usaha berterusan martabat institusi keluarga, depani tekanan masa depan

AMPANG JAYA, 27 NOV: Pentadbiran negeri menggesa semua pihak menjalankan usaha berterusan bagi memartabat institusi keluarga sekali gus menjamin kesejahteraan.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menjangkakan institusi keluarga berdepan tekanan pada masa depan berikutan beberapa faktor yang wujud dalam persekitaran ketika ini.

Faktor itu, jelasnya, kewujudan pelbagai bentuk keluarga baharu seperti ‘keluarga komuter’ iaitu salah seorang pasangan tinggal di satu tempat lain berikutan komitmen kerja.

[caption id="attachment_615583" align="aligncenter" width="783"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari menyampaikan ucapan ketika majlis perasmian sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat Selangor di Zoo Negara, Ampang Jaya pada 26 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“(Ia termasuk kewujudan) ‘keluarga sandwich’ iaitu pasangan perlu menanggung anak dan menjaga ibu bapa yang tinggal bersama. Situasi dijangka lebih serius terutama bagi pasangan muda dwikerjaya dengan kurang sumber pendapatan.

“Selain itu, faktor penggunaan telefon pintar dan media sosial yang meningkatkan jurang interaksi antara ahli keluarga serta kurang meluangkan masa berkualiti rentetan kesibukan kerja serta pendidikan.

“Institusi keluarga juga terdedah dengan pengabaian ahli keluarga akibat pengaruh dadah atau kemiskinan yang membawa kepada penderaan kanak-kanak dan warga emas,” katanya di Zoo Negara di sini.

[caption id="attachment_615585" align="aligncenter" width="809"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (tengah) bergambar bersama selepas majlis perasmian sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat Selangor di Zoo Negara, Ampang Jaya pada 26 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Berucap merasmikan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat Selangor semalam, wakil rakyat Taman Templer berkata institusi keluarga yang kukuh menjadi asas utama dalam membina sebuah negara harmoni.

“Ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan agenda Malaysia MADANI dapat direalisasikan menerusi pemerkasaan institusi keluarga berlandaskan sakinah, mawaddah dan rahmah.

“Atas dasar itu, Kerajaan Selangor memperuntuk RM4 juta bagi agenda pembangunan wanita dan keluarga tahun depan kerana kita mahu memastikan setiap unit keluarga mampu menjadi nukleus ampuh kepada kemajuan negeri,” katanya lagi.

[caption id="attachment_615582" align="aligncenter" width="773"] EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari membuat lawatan ke reruai pameran selepas majlis perasmian sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 peringkat Selangor di Zoo Negara, Ampang Jaya pada 26 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619